Hi, Welcome to Sarawak Teachers' Union page                  

President's Message

TEKS UCAPAN HARI GURU PRESIDEN STU

Salam sejahtera,

Pertama sekali, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi kita dapat bersama-sama menyambut Hari Guru pada tahun ini. Hari Guru merupakan tanda pengiktirafan yang tidak terhingga untuk semua guru di seluruh Malaysia. Jasa dan sumbangan besar guru dalam membangunkan modal insan Negara amatlah disanjungi. Guru merupakan warga pendidik yang sangat dekat di hati masyarakat. Pandangan tinggi dari masyarakat meletakkan guru dalam satu darjat yang mulia. Oleh itu, guru mempunyai satu amanah besar di atas bahu mereka.

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh istimewa untuk memberi penghormatan kepada guru yang telah menabur bakti, mencurah ilmu dan dengan kesungguhan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Dengan itu, sesuai dengan tema hari guru pada tahun ini ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’. Dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran PPPM guru adalah satu agen penting yang merealisasikan melalui peringkat akar umbi pendidikan. Guru-guru memainkan peranan yang besar dalam memastikan aspirasi negara dapat dicapai dengan cepat dengan berkesan. Perubahan masa dan kepesatan pembangunan teknologi menyebabkan tugas guru berubah, semakin mencabar di mana menuntut kreativiti, inovasi, pemikiran luar kotak. Oleh itu, sebagai guru kita perlu seiring dengan perkembangan semasa. Guru sentiasa sedia untuk anak bangsa walau apapun rintangan, halangan yang dihadapi.

Bersesuaian dengan tema hari guru pada tahun ini:

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” sememangnya bersinonim dengan bidang tugas guru yang sentiasa memberi cahaya dalam kegelapan, pembentuk generasi menonkah arus globalisasi, tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa demi pertiwi yang tercinta.

Tugas utama/hakiki adalah mengajar dan mendidik. Dengan itu, sememangnya guru dan murid berpisah tiada. Sebagai guru kekuatan kita adalah ‘jiwa’, -jiwa guru yang meresap dalam diri membolehkan kita memberikan khidmat yang terbaik untuk anak bangsa. Ini lah akan melahirkan cinta kita ke dalam pendidikan. Dengan memberikan tumpuan kepada 3 nilai budaya teras iaitu cinta, kegembiraan dan saling menghormati pastinya akan menjulang kembali kegemilangan profesion keguruan. Pengorbanan dan jasa guru tidak pernah padam dalam hati sanubari pelajar-pelajarnya.

Tanggungjawab besar yang terletak di bahu guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Guru sebagai golongan professional senantiasa bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif. STU mengharapkan guru menambah nilai intelektualnya kerana guru sebagai agen perubahan dalam menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara kita , Malaysia.  

Bersamalah kita, guru-guru ahli STU bangun menyemarakkan semangat untuk mendidik anak bangsa.

Kitalah obor hemah bagi menyinari ibu Pertiwiku, Negeriku Sarawak.

Sekian. Selamat Hari Guru 2019

CIKGU MACKY ANAK JOSEPH

PRESIDEN

SARAWAK TEACHERS’ UNION

Page 12345678