Hi, Welcome to Sarawak Teachers' Union page                  We are open as usual now.                   

President's Message

TEKS UCAPAN HARI GURU PRESIDEN STU

Salam sejahtera diucapkan kepada semua warga STU. 

Saya, Macky Joseph selaku Presiden Sarawak Teachers’ Union (STU) ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua warga pendidik yang dikasihi.

Bersempena sambutan Hari Guru tahun ini dengan tema  “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru”, jelas sekali menunjukkan guru merupakan tunjang utama kejayaan sesebuah negara. Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan di Malaysia. Tidak dinafikan sambutan Hari Guru tahun ini jauh berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Jelas sekali, negara kita masih lagi dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.  Tahun ini juga merupakan tahun yang sangat mencabar terutama bagi seluruh warga pendidik di mana sekolah-sekolah ditutup demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terutama murid-murid semasa mengawal penularan wabak Covid-19. Namun ini bukanlah penghalang  untuk melupakan hari penting bagi seluruh warga pendidik di negara kita.

Kini, sekolah mula dibuka secara berperingkat. Mulai 24 Jun 2020 sekolah dibuka bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan awam yang bakal mereka duduki.  Guru-guru dengan pelbagai platform menyajikan anak-anak murid tidak ketinggalan dalam pendidikan (distance teaching & learning). Amalan bekerja dari rumah untuk guru dan anak murid sebagai norma baharu.  STU sungguh berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua warga pendidik terutama guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah menjalankan tugas di mana jua mereka berada.

Sumbangan, jasa bakti dan pengorbanan guru akan sentiasa tersemat di dalam hati setiap lapisan masyarakat. Kejayaan yang kita perolehi hari ini tentu ada terselit jasa-jasa serta pengorbanan dari guru-guru kita terdahulu. Sarawak Teachers' Union yang merupakan sebahagian dari keluarga pendidik sangat bangga dengan pencapaian serta kerjasama yang telah diberikan. 

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi dengan rendah hati ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat seluruh warga pendidik terutama ahli-ahli STU yang dikasihi.  Pesanan ikhlas dari saya, jagalah kebersihan di mana jua anda berada.  Pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan serta kesejahteraan sejagat.  Selamat maju jaya menjalankan tugas dengan norma baharu yang telah ditetapkan. Semoga segala yang terjadi menjadi iktibar dan  pembakar semangat kepada guru-guru  untuk terus berjuang melahirkan generasi yang berjaya. 

Sekian.

Page 12345678